SUCIKANLAH adalah cover kepada lagu KIRORO MIRAI E, yang menjadi viral baru-baru ini apabila kumpulan nasyid FENOMENA VOICE menyanyikannya semula dengan lirik yang cukup menyentuh. Inspirasi dari itu, RABITHAH cuba merakam dalam beberapa jam untuk menghadiahkan semua lagu ini secara ringkas dan simple. Moga-moga liriknya menyentuh jiwa kita semua!! Jom sebarkan😍 **** RABITHAH - Sucikanlah(Kiroro Mirai e Cover) Lirik: Fenomena Voice dan Ustaz Adnin. Lagu asal: Kiroro Mirae. Musik: Ustaz Adnin TARBIAH SENTAP RECORDS RIDWAN: Allah, sucikanlah hati aku, yang terus resah, melakukan dosa padaMu.. Allah, Ampunilah dosa ini, Sesungguhnya Kau maha mengampuni... HAKIM: Kerana dunia, cintaMu tak pernah ku sedar, Tertipu dengan diri, Mengejar suatu yang sementara.. AYMAN: Kerana cinta manusia, Hatiku buta, KasihMu aku dustai, kerna cinta manusia, Kau ku pinggiri, Ku pergi dan terus terleka... MAHDI: Namun Kau masih lagi, memberiku nikmat ini, Kan ku pinta, ampunanMu tuhan yang ku buru.. MAHDI: Allah, sucikanlah hati aku, yang terus resah, melakukan dosa padaMu.. Allah, Ampunilah dosa ini, Sesungguhnya Kau maha mengampuni... KORUS: Allah, sucikanlah hati aku, yang terus resah, melakukan dosa padaMu.. Allah, Ampunilah dosa ini, Sesungguhnya Kau maha mengampuni... Sesungguhnya Kau maha mengampuni..
Loop this playlist (1 video)